Tuesday, September 20, 2011

Buku Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Lingkungan

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera.

Saudara-saudari di luar sana.
Pada 20-21 September 2010 yang lalu, satu seminar telah dijalankan di Pekan Baru, Riau. Seminar ini dianjurkan secara bersama oleh Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan Universitas Riau dengan Institut Alama dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Skop seminar ini sangat luas dan saya telah membentangkan 2 kertas kerja secara bersama dengan Prof Nik Hassan Shuhaimi dan Zuliskandar Ramli. Kedua-dua tajuk kertas kerja tersebut adalah seperti pada lampiran gambar yang dipaparkan. Sepanjang berada di Riau juga, kami telah berkesempatan untuk melawat satu tapak candi purba di Muara Takus. Pada hemat saya, lawatan ini sangat bermakna kerana ia telah menambahkan pengetahuan saya terhadap tapak-tapak arkeologi prasejarah di Riau. Buku ini juga boleh diperolehi di perpustakaan ATMA dan saya juga mempunyai sesalinan naskahnya. Dengan itu saya ucapkan selamat membaca.

Yunus Sauman Sabin
UPSI



Prosiding Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkeologi Di UKM

Pada 12-13 Julai 2010 yang lalu, satu seminar arkeologi telah diadakan di UKM. Ia disertai oleh penyelidik-penyelidik arkeologi dai alam nusantara terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. Ia memaparkan hasil-hasil kajian terkini di Malaysia dan Indonesia. Dalam seminar ini, saya telah membentangkan dua kertas kerja yang dihasilkan secara bersama dengan penyelia PhD saya iaitu Prof Dato Nik Hassan shuhaimi Nik Abdul Rahman dan juga rakan seperjuangan saya sdr. Zuliskandar Ramli dari ATMA, UKM. Buku ini sangat sesuai juka dijadikan sebagai bahan bacaan di kalangan pelajar universiti terutamanya yang mengambil kursus arkeologi dalam bidang prasejarah dan protosejarah Malaysia dan Aisa Tenggara. Buku ini boleh didapati di ATMA, UKM dan saya juga mempunyai sebuah naskahnya. Dengan itu saya ucapkan selamat membaca.

Sekian,

Yunus Sauman Sabin
UPSI