Sunday, October 2, 2011

Buku "Perak Warisan Arkeologi"

Saudara-saudari di luar sana, sebuah buku berjudul "Perak Warisan Arkeologi" telahpun diterbitkan. Buku ini diedit oleh Prof Emeretus Dato Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Fellow Kanan di ATMA. Buku ini mengandungi 10 makalah yang ditulis oleh mereka yang ahli dalam bidang masing2, kesemuanya dalam bidang arkeologi. Hasil penulisan mereka sangat menarik kerana mencakupi pelbagai aspek dalam arkeologi khususnya di Perak bermula daripada sejarah penyelidikannya, perbahasan tentang istilah dan penzamanan arkeologi di Perak, hasil2 penemuan dan kajian saintifik semenjak beberapa tahun dahulu. Alhamdulillah, dalam buku ini saya telah menyumbang  2 artikel yang kami tulis secara bersama iaitu "Tradisi Pengebumian Kubur Kepingan Batu di Lembah Bernam" dan "Masyarakat Maritim di Pulau Kalumpang dan Lembah Bujang: Pelayar dan pedagang Antarabangsa". Buku ini telah diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) dan telah mula menemui anda di pasaran. Sekiranyanya anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya Yunus Sauman Sabin di talian 013-3971973.

No comments:

Post a Comment