Sunday, October 23, 2011

Surau, tazkirah dan kezaliman

Assalamualaikum wbth.

Saya semakin di pandang kurang baik oleh rakan-rakan kariah kerana tidak memberikan tazkirah ramadhan seperti yang saya setujui lebih awal pada bulan ramadhan yang lalu. Ini berpunca daripada 'kezaliman' yang sedang dikuatkuasakan oleh jabatan agama Islam Selangor. saya khuatir kalau-kalau saya akan ditangkap dan didakwa kerana memberikan ceramah tanpa tauliah. Saya sedar saya tidak mempunyai ilmu agama yang banyak. saya hanya sekadar membaca Quran, tafsirnya dan baru nak membaca hadis sahih bukhari. Cadangnya dan niat di hati nak share dengan kawan-kawan sekariah. Tetapi apabila memikirkan bayang2 JAIS, tidaklah saya teruskan niat itu. Sekarang ini, mereka pandang saya semacam je... saya pedulikan. Saya dah bagitau, saya tiada tauliah. Walaupun alasan ini semacam kecil sahaja tetapi yang akan menanggung akibatnya ialah saya, dan bukannya ahli kariah yang lain. Kalau saya dipersalahkan kerana tidak menyampaikan ilmu yang ada pada saya kepada orang lain, saya akan tanggungkan kesalahan ini kepada JAIS bila berhadapan dengan ALLAH di akhirat nanti... Di sana, tiada raja kecuali Allah, tiada hakim kecuali Allah dan tiada yang maha mengetahui kecuali Allah. Pada firasat saya, niat JAIS mungkin untuk menghalang ajaran sesat masuk ke dalam masjid. Ini sangat baik. cuma cara pelaksanaannya mungkin ada kecacatan. Kes Dr Asri Zainul Abidin tempoh hari juga, pada saya merupakan satu kesilapan besar. Bagaimana mungkin seorang bekas mufti boleh dianggap tidak layak untuk memberikan tazkirah. Hatta kalau saya sekalipun berkata, "wahai para jemaah, bertaqwalah kamu sekalian" di dalam masjid, mungkin saya akan ditangkap kerana saya tiada tauliah.

No comments:

Post a Comment